Thursday, September 27, 2007

Pengalaman Berpurdah

Memakai purdah rasa merdeka sangat. Kebebasan yang dirasakan sukar digambarkan. Tiada langsung dalam fikiran ku nak kena pergi facial, nak beli produk mahal-mahal dan pakai lawa-lawa. Aku rasa bebas dari belenggu yang merantai ramai wanita.

Yang bestnya, balik malam pun aku tak takut kena ganggu. Mana-mana pehak yang melihat ku malam-malam tentu fikir dua kali. Aku dan rakan-rakan berpurdah sangat aktif dengan kerja-kerja dakwah. Kadang kala aku perlu pergi ke luar negara berhari-hari. Dengan berpakaian purdah, pergi dengan lelaki bukan mahram tidak menjadi masalah.

Bangasa lain mudah terima keadaan ku berpurdah. Mereka lebih terbuka. Kalau aku dalam mrt, anak-anak kecil mereka yang kelihatan agak gementar, mereka akan jelaskan semampu boleh.

Yang lebih banyak masalah ialah dari bangsaku sendiri - orang Melayu beragama Islam. Ada wanita melayu yang cepat-cepat tarik tangan anak-anak mereka bila melihat ku. Segelintir lelaki yang geram sebab tidak dapat berpesta mata memanggil kami hantu kum-kum. Mereka mengejek kami dengan harapan kami akan tanggalkan purdah dan penuhkan nafsu mereka.

Berbagai reaksi yang ku terima. Rata-rata atas dasar kekeliruan, prasangka dan cemburu. Bahkan setelah aku berhenti bekerja sebagai software developer dan berkhidmat dibeberapa syarikat dan persatuan Melayu/Islam, penampilan ku menjadi isu. Lain kali aku kongsi pengalaman bekerja dengan orang-orang Melayu. Sangat pahit tapi mendidik.

Setelah berlaku beberapa insiden yang tidak diingini, guruku telah nasihatkan kami supaya tidak memakai purdah. Aku kembali memakai tudung labuh dengan warna yang lebih cerah. Ini semua untuk mengurangkan salah faham antara agama.

Ada hikmahnya juga aku tanggal purdah. Benar seperti yang dikatakan, kami jadi esklusif. Kami tak peduli apa orang lain nak cakap. Kami buat cara sendiri. Setelah aku tidak berpurdah, peranan dakwah ku lebih terserlah dan berkesan. Lagi ramai orang bukan Islam yang dapat aku hampiri dan beri kefahaman tentang Islam.

Peristiwa 911 menjadi medan ku. Macam-macam tuduhan aku kena tepis. Orang bukan Islam ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Bahkan orang Islam sendiri ada yang terpengaruh dan keliru. Mereka rasa sugul dan rendah diri.

Lain kali aku kongsi bagaimana aku betulkan tanggapan-tanggapan negative ini sehingga ramai yang akhirnya akur dan berpaling memihak kepada Islam. Alhamdulillah, sebuah buku yang aku baca sebelum peristiwa 911 telah membantuku menjelaskan perkara sebenar.

Balik kepada purdah, pernah seorang wanita melayu ala-moden yang rasa perlu menegurku. Dia rasa aku bawa image negative dan secara tak langsung menjejas kaum wanita lain. Alasannya, aku perlu ikut peredaran zaman. Aku tanya dia apa salah ku - aku berpendidikan tinggi, berjawatan professional, bergiat aktif dalam kerja masyarakat, ambil tahu tentang hal-ehwal dunia, boleh bincang apa saja topik samada dunia atau akhirat? Aku berani mempertahankan kebebasan ku untuk memilih agamaku dan kehidupanku, jadi apa masalah dia? Wanita itu terdiam. Aku tahu dia bimbang sebab dia takut menjawab soalan-soalan yang menghantui dirinya sendiri. Takut menghadapi realiti.

3 comments:

ummunasuha said...
This comment has been removed by the author.
ummunasuha said...

kagum dengan prinsip saudari..sy juga muslimah berpurdah insyaAllah.
Kisah yg saudari kongsikan membuatkn saya ingin terus berpurdah dgn niat kerana Allah..doakan keistiqomahan bersama.

Unknown said...

alhamdulillah, kita diketemukan di blog ini. sudah lama saya tidak update kerana kesuntukan masa.

dalam kita melakukan sesuatu, perlu faham dasar dan matlamatnya. disamping itu, dalam Islam, pembahagiaan hukum syariat ada yang qat'i dan yang tidak. yang qat'i jelas dan tetap tidak boleh diubah sehingga kiamat sedangkan yang selainnya, boleh diperhalusi mengikut suasana masa, tempat dan keadaan.

menutup aurat hukumnya qat'i dalam jumhur ulama. pembahagian tentang bentuk-bentuknya pula tidaklah ditetapkan secara khusus. maka ulama berbeza pendapat.

melalui penfasiran maqasid dan tujuan yg ingin dicapai, hukum2 yang berbeza diutarakan.

seorang muslimah yang berpurdah, pernah datang kepada saya untuk meminta nasihat. menurutnya, pemakaian purdahnya telah menimbulkan kesukaran dalam kehidupannya. ini kerana anka remaja lelakinya merasa malu mempunyai ibu yang berpurdah. ini membuat anak tersebut menjadi remaja nakal dan perlu diletakkan di rumah tumpangan.

walaupun saya sedar, alasan yg diberikan agak longgar, saya dapat kesan keinginan dirinya sendiri yang ingin menanggalkan purdah dan memerlukan sedikit motivasi. memandangkan dia sendiri sudah tidak mampu mempertahankan purdah, saya beri nasihat supaya dia tanggalkan saja dari terusan berada dalam dilemma. ini dilakukannya.

saya pernah juga menghalang seorang teman saya yang ingin memakai purdah. sebab yg diberikan oleh teman saya ini agak pelik. atas kemasalhatannya, saya nasihatkan dia supaya jangan berpurdah kerana dengan keadaan jiwa yang lemah, dia tidak akan mampu untuk bertahan dan sanggup menjadi bahan perhatian orang lain.

Saya berkongsi cerita supaya sdri dapat menerima pemakaian purdah bukanlah suatu yang wajib. ia harus dilakukan dengan kesedaran dan kesanggupan berhadapan dengan berbagai ujian yg mendatang. dan sekiranya, tidak dapat menyanggupi, janganlah dipaksa diri untuk teruskan.

Sesungguhnya ALlah tidak membebankan kita lebih dari kemampuan kita.

salam perkenalan dari saya.