Saturday, December 29, 2007

Maaf, saya pun orang Melayu

Aku kalau tidak ada kerja, aku akan masuk ke dalam forum-forum online. Aku suka membaca pandangan orang lain serta "menangkap feel". Lebih-lebih lagi forum yang melibatkan orang-orang Islam dan khususnya orang-orang Melayu. Baru-baru ini, pensyarahku telah memberi komen iaitu walaupun terdapat lebih dari satu bilion orang Islam dalam dunia, tapi qualitynya hanya seperti sebanyak satu juta saja. Inilah keluhan pensyarahku yang banyak terlibat dalam persidangan-persidangan antarabangsa.

Aku pernah terjumpa online forum yang dimiliki oleh e-citizen. Aku membaca komen-komen yang terdapat di sana. Isu yang dibincangkan ketika itu ialah berkenaan kereta-kereta orang Islam yang tidak disaman ketika solat Jumaat. Aku lihat, selama hampir dua minggu, komen-komen yang diberikan membincangkan isu tersebut. Lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati. Rata-rata aku dapat rasakan mereka seolah-olah merasa "ketidak adilan" yang berlaku. Agak emosi dan ada unsur perkauman sedikit. Bagaimana pun, tiada satu pun komen dari orang Melayu untuk membetulkan keadaan.

Aku buat keputusan untuk masuk dan memberikan pandangan. Aku beritahu, sebenarkan isu ini sangat remeh. Pihak yang prihatin hanya perlu bertanya kepada pihak penguasa iaitu LTA mengapa kereta-kereta itu tidak disaman. Aku juga beritahu yang setiap mesjid telah menulis memohon keizinan untuk program-program khas seperti solat Jumaat dan syarahan. Kemudiaan, secara sengaja aku telah sarankan pihak gereja, kuil, temple untuk bersikap proactive dan mencontohi sikap pentadbir mesjid. Aku akhiri dengan menasihatkan mereka supaya jagan buang masa dengan isu-isu yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Keesokan harinya, aku cuba pergi forum ini, tapi telah ditutup. Kuang asam betul.

Dua minggu lepas, aku masuk ke forum yang asing buatku. Aku masuk ke ruang mencari jodoh yang melibatkan calon-calon Muslim dari seluruh dunia. Saja aje aku ingin menilai sendiri bakal-bakal suami/istri yang diharapkan akan melahirkan dan menjana generasi masa depan. Aku sendiri kurang pasti samada butiran diri yang diberikan benar atau palsu. Tapi, menarik juga membaca "keinginan-keinginan" serta "harapan-harapan" lelaki dan wanita Islam ini. Aku sempat juga chatting dengan beberapa ahli forum. Kesimpulan aku, lepas beberapa hari, aku cukup jemu. Aku rasa betul juga komen pensyarah ku.

Kemudian, aku telah masuk ke forum yang dikendalikan oleh seorang kenalan. Aku suka masuk ke forumnya untuk membaca tulisan-tulisannya. Dia dapat menarik ramai dari berbagai bangsa untuk memberi komen. Teruk juga dia kena hentam kerana pandangan-pandangannya yang agak pedas. Lebih pedas dari aku ini,

Yang aku nak sentuh ialah beberapa komen yang menyentuh tentang orang Melayu. Geli hati pun ada, sedih pun ada, geram pun ada. Penulis forum ini memanglah bertujuan untuk menonjolkan ketidak prihatinan masyarakat melayu dengan isu-isu tertentu yang melibatkan kehidupan mereka sendiri. Ada pihak yang merasakan dia seolah-olah memusuhi bangsanya sendiri. Dia dikecam dan dituduh sebagai berat sebelah, tidak terbuka, mengkhianati bangsa dan berbagai-bagai lagi dengan lagu yang sama. Ada juga orang-orang bukan Melayu yang turut sekaki untuk menambahkan asam dan garam dalam rencah ini.

Menariknya, yang tidak setuju, begitu emosi sekali mempertahankannya. Mereka menyuruhnya berhenti dari menulis kritikan. Ada juga yang mencabarnya turun padang dari jadi pengkritik komputer. Ada yang tuduh penulis pengecut. Pada ku, orang-orang yang beremosi begini pelik sedikit. Ialah, penulis itu kan Melayu, jadi kalau dia tepuk air di dulang, tentulah kena muka dia sendiri. Jadi, dia sedar apa yang dia tulis itu. Atas perasaan ingin turut sertalah dia menghabiskan masa menulis dan memberikan buah fikirannya. Tentang kaedah yang digunakan, sepatutnya tidaklah menjadi isu. Kerana pena atau perkataan lebih tajam dan terbukti boleh merubah dunia. Bukankah Al-Quran itu diturunkan dalam bentuk perkataan untuk mengubah manusia?

Orang yang mampu memberi buah fikiran, biarlah dia lakukan dalam capacitynya sebagai penulis. Orang yang mampu mengeluarkan harta-benda, lakukanlah dengan hartanya. Orang yang mampu menyumbang tenaga empat keratnya, silalah maju menyumbang tenaganya. Kita tidak sepatutnya memperkecilkan apa juga usaha kearah memperbetulkan keadaan yang tidak benar. Kita disuruh amar maaruf dan nahi mungkar. Jadi, biarlah setiap orang melakukan dalam apa jua bentuk yang dia rasa mampu. Yang penting, buat bukan melihat tanpa merasakan apa juga dorongan atau kekesalan dalam hati. Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri berpesan iaitu selemah-lemah iman ialah menentang kemungkaran dalam hati. Jadi bagi mereka yang merasakan perbuatan yang salah tidak perlu ditegur, baik check balik iman masing-masing. Takut sudah kontang.

Lintas Agama

Baru-baru ini aku terbaca berita diakhbar tentang lintas agama. Aku yakin ada yang tidak pernah dengar istilah ini. Secara mudah, ia membawa makna kesefahaman agama atau religious tolerence. Hanya isu-isu yang dikongsi oleh semua agama ditonjolkan supaya semua penganut berbilang agama dapat merasakan "keseragaman". Walaupun diartikel yang lain pula dinyatakan keseragaman agama bukan matlamatnya.

Apa pun, yang menjadi keprihatinan ku ialah perbincangan agama ini telah diadakan di sebuah masjid terkemuka di sini. Dan yang dijemput ialah seorang rohaniwan berugama Hindu. Rohaniwan ini pula telah mengarang beberapa buku berkenaan sifat-sifat Tuhan dan surah-surah tertentu Al-Quran. Bagaimanapun, dia menilainya dari sudut pandangan agama hindu dan cuba memberi perspektif "moden" yang dia harap dapat menjalin kesefahaman yang lebih baik diantara kaum.

Membaca artikel ini, aku menjadi begitu resah. Lebih-lebih lagi melihat tajuk buku-buku yang dikarang oleh penceramah ini. Bahkan, aku menjadi resah melihat banyaknya dialog-dialog silang agama yang semakin kerap diadakan di sini. Perkara ini pula telah disokong oleh beberapa cendiakawan sejauh malaysia yang merasakan negara kita telah mengorak langkah yang betul. Kita dipuji sebagai telah menghidupkan kembali budaya perdebatan antara agama yang telah menjadi tradisi para ulama zaman silam.

Padaku, mengadakan perbahasan antara agama tidaklah salah. Malah di Malaysia sendiri, ilmuan terkenal di sana seperi Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud menyokong dialog antara penganut agama tetapi bukan untuk membincangkan hal-hal akidah tetapi untuk membincangkan hal-hal berkaitan moral kemasyarakatan yang semua penganut agama boleh berkerjasama. Mereka juga selalu menyatakan bahawa penganut pelbagai agama harus berkejasama dalam melawan arus penghakisan makna kerohanian dan akhlak dalam kehidupan tempatan dan antarabangsa. Mereka juga selalu menegaskan bahawa disamping perlunya melihat persamaan dalam hal-hal tersebut, perbezaan yang terdapat dalam pelbagai agama, khasnya dalam hal-hal akidah harus difahami. Untuk menyatakan bahawa semua agama adalah sama di peringkat metafizik atau transenden adalah amat mengelirukan. Bagi Profesor Wan Mohd Nor pula, menerima perbezaan dan memberi hak setiap agama itu ditafsir oleh golongan berwibawa dalam agama itu dan diberikan kebebasan agama itu diamalkan adalah tanda toleransi beragama yang sebenar.

Aku merasa bimbang, sama ada kita telah mempunyai cukup calon ilmuan yang dapat ditampilkan untuk berhujah dan berbincang dengan tepat dan penuh ilmiah. Ketika zaman kegemilangan Islam dahulu juga, banyak berlaku perbincangan-perbincangan begini. Bahkan, bila dikaji sejarah, berlaku juga banyak kekeliruan-kekeliruan yang berpunca dari bermacam pandangan yang diberikan. Akhirnya, umat Islam sendiri yang rugi sehinggalah bangkit beberapa tokoh besar seperti Imam Ghazali yang membetulkan keadaan.

Tanpa mempersoalkan ketokohan beberapa ulama setempat, aku masih juga khuatiri. Ini kerana sejak sekian lama, kita ketandusan ulama-ulama dan cendiakawan yang berkaliber. Jika dilihat sepuluh tahun kebelakang, hampir tiada kegiatan perbincangan ilmiah yang dijalankan. Perbincangan secara ilmiah bukan menjadi tradisi kita. Bahkan, banyak diantara lulusan agama yang tidak pernah terlibat secara langsung dalam perbincangan-perbincangan ilmiah secara terbuka. Persoalannya, tanpa latihan yang mencukupi, mampukah wakil-wakil kita tampil kehadapan untuk menjawab serta menerangkan dengan tepat dan benar pandangan Islam tentang sesuatu isu. Mampukah mereka memberi gambaran yang tepat secara ilmiah serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan? Ilmuan agama lain pula bukan calang-calang orang nya. Mereka sudah bergiat dalam bidang penyelidikan agama sekian lama . Mereka sangat tahu dan mahir tentang perbezaan-perbezaan agama.

Aku jadi resah sekiranya melalui perbincangan-perbincangan yang diadakan akan menambahkan lagi kekeliruan masyarakat Islam. Ketika ini, kita sudah pun berhadapan dengan berbagai kekeliruan yang masih belum diatasi. Pandangan hidup individu Islam dalam masyarakat majmuk kelihatan seperti masih kabur dan belum jelas. Aku bimbang sekiranya dengan banyaknya "pandangan-pandangan moden" akan mempersulitkan lagi usaha untuk memperjelaskan lagi serta mengembalikan identiti Islam yang sudah semakin sukar diketahui. Malah orang bukan Islam juga akan lebih-lebih keliru akan makna dan ajaran Islam yang telah difahami dan dimalkan sekian lama.
.

Thursday, December 20, 2007

Melayu dan Kesihatan.

Aku tahu aku sengaja mengundang kritikan dengan topik ini. Topik makan dan topik-topik yang sewaktunya, sangat sensitif dan boleh menimbulkan perbahasan sengit. Tapi dengarlah dahulu pandangan ku. Anda diberi hak untuk tidak setuju.

Aku didorong untuk menukar bidang dari IT kepada bidang rawatan dan holistis care bila aku membaca statistik masalah kesihatan orang-orang Melayu lebih lima tahun dahulu. Aku begitu ingin mengetahui punca dan masalah serta turut sama mencari huraian kepada masalah ini. Aku pun orang Melayu. Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakit.

Merah padam telinga aku bila mendengar ucapan PM dalam salah satu rapat hari kebangsaan. Ketika itu, isu kasino dan keperluaannya sedang hangat dibincangkan. Salah satu alasan yang diberi bagi menyokong ialah bagi menampung biaya sosial yang semakin meningkat. PM bukan saja menyentuh tentang bertambahnya golongan tua di masa hadapan, tapi secara lembut menyentuh tentang masalah sosial orang Melayu yang boleh dianggap membebankan ekonomi negara jika tidak ditangani. Berbagai statistik "kesehatan" sosial orang melayu dibentangkan untuk beberapa hari di akhbar-akhbar. Jelas, data-data tersebut telah dikumpulkan secara teliti dan tepat. Sepintas lalu, kita diajak untuk bersetuju menerima cadangan ini kerana salah satu manfaatnya ialah untuk orang melayu sendiri.

Sebagai generasi yang telah banyak memperolehi manfaat dari sistem pemerintah yang kuat, aku anggap ini sebagai cabaran. Aku terjun botol dan memasuki bidang ini. Aku ikuti kursus-kursus dan membaca apa saja yang boleh menambah pengetahuan ku. Mentelah, pengalaman ku bekerja di hospital untuk jangka yang lama, telah mendedahkan aku kepada berbagai bidang rawatan dan teknologi serta pertemuan terkini. Aku juga mendapatkan khidmat nasihat dari seorang Assoc Prof dalam bidang kedoktoran.

Mulanya, aku tidak punya strategi. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan. Alhamdulillah, aku mempunyai seorang kakak angkat yang mengajar agama di rumah. Melaluinya, aku dikenalkan kepada beberapa pelajar dewasanya yang sememangnya menjadi target aku. Aku mengadakan small group discussion. Aku edarkan bahan-bahan bacaan yang telah aku alih-bahasa kepada bahasa melayu. Aku terangkan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Aku sentuh tentang pemakanan yang sihat dan senaman yang berkesan.

Peringkat awal, aku hanya ingin mengubah cara mereka berfikir. Aku ingin mereka sedar yang kesihatan tidak boleh di take for granted. Sebagai orang Islam, yang dinilai nanti, ialah diakhir garisan, iaitu di akhir hayat kita, bagaimana kehidupan kita. Melihat begitu ramainya orang melayu/Islam yang tidak mampu menjalankan ibadah mereka dengan sempurna di usia-usia genting, aku menjadi rungsing. Ramai yang terkena berbagai penyakit serius sehingga menghalang mereka dari dapat melaksanakan ibadah mereka di waktu reserve sedangkan di waktu muda tiada berkesempatan melakukannya. Apakah bekalan yang akan di bawa di depan Allah nanti, itulah soalan yang sering memenuhi minda ku.

Berbagai cabaran yang perlu aku hadapi. Sikap orang melayu terhadap kesihatan sangat sulit untuk diubah. Pertama, mereka hampir-hampir tidak mahu menerima hakikat yang pemakanan yang menjadi punca penyakit. Walaupun di bawakan berbagai hadith Rasul pun, mereka tetap tidak mahu menerima. Kedua, mereka mengatakan semuanya sudah ditakdirkan. Mereka ditakdirkan untuk jadi gemuk dan berpenyakit. Mereka perlu sabar dan redha. Pelik juga, masa lahir dahulu dan masa muda belia, comel-comel belaka. Mereka menggunakan alasan penyakit berupa ujian untuk menebus dosa-dosa mereka. Tapi mereka lupa, bukan ujian mereka saja, tapi keluarga turut terkena. Kalau semua sabar dan redha tak mengapa. Tapi, sampai putus harap dan mengeluh dan membebankan orang lain, bagaimana pula?

Ketiga, mereka gunakan alasan keturunan. Bila ditunjukkan bukti yang perkara ini tidak 100% benar, mereka tetap menolak. Keempat, mereka hanya ingin memilih jalan yang paling mudah. Ini yang sangat memeningkan kepala. Mereka ingin mencari "penawar" gemuk yang boleh menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa perlu mengubah cara hidup. Sedangkan mereka telah mengalami masalah berpuluh tahun.

Orang melayu juga tidak meletakkan keutamaan pada tempat yang tepat. Mereka tidak sanggup mengeluarkan modal untuk menjaga "peralatan-peralatan" yang Allah berikan secara percuma kepada mereka yang sudah tentu tiada spare-parts, tapi mereka sanggup habiskan ribuan dollar untuk peralatan-peralatan rumah dan hiburan yang senang diperolehi. Sikap ini sangat berbeza dengan bangsa Cina yang meletakkan kesihatan di keutamaan teratas. Orang Cina mengaitkan kesihatan dengan kekayaan. Orang Melayu mengaitkan kekayaan dengan penyakit.

Satu kisah menarik, pernah ibu ku pulang ke rumah setelah bertemu teman-temannya. Ibu ku sesekali pulang ke Singapura. Dia bertanya, betul ke dia tiada menanggung apa juga penyakit. Bila aku tanya seterusnya, dia kata dia rasa ganjil kerana semua teman-temannya kolong blok berbincang tentang penyakit dan ubat-ubatan mereka dan berapa tinggi kos rawatan yang diperlukan. Setiap seorang seolah-olah bangga mengistihar jumlah yang dikeluarkan sehingga ibu ku rasa kurang selesa. Pelik.

Selain masalah mindset, aku juga berhadapan dengan sikap opportunis orang-orang kita. Ada pihak yang sanggup ambil kesempatan dengan menawarkan "produk-produk ajaib" bagi mengatasi masalah-masalah yang pakar-pakar sendiri belum ada jawapan. Aku kadang-kala hilang sabar bila berhadapan dengan mereka yang terlibat dengan MLM yang menjual produk-produk yang mereka sendiri tidak pernah cuba, tidak tahu secara mendalam, tidak mengkaji sendiri tapi sekadar mendapat info dari orang-orang bukan Islam. Mereka didorong oleh keinginan mencari keuntungan.

Beberapa kali aku perlu berhadapan dengan mereka ini. Banyak kali aku tegur sikap mereka. Aku sedarkan mereka tanggung-jawab mereka kepada bangsa dan agama. Jangan jadi penghianat bangsa dan agama sendiri. Jangan rosakkan bangsa kita dari dalam dengan janji-janji kosong yang diterima bulat-bulat dari orang-orang bukan Islam yang sudah semestinya didorong untuk mencari keuntungan dunia saja. Ramai yang tidak suka dengan sikap aku ini. Tapi aku tidak peduli. Setiap kali aku diajukan satu produk dari mereka yang tidak mengenali aku, aku akan tanya habis-habis tentang produk tersebut. Aku "drill" sampai dia sendiri sedar yang dia sendiri tidak tahu produk yang ingin dijualnya.


Sedih juga hati aku bila melihat makcik-makcik yang kaki-kaki mereka kena belah sana, kena ganti sini. Jalan pun tidak betul lagi. Tapi, geram juga, bila masih berebut nak beli pakaian Hejab Iran bila ada sales. Bapa teman ku baru-baru ini kena stroke Doktor sudah berpesan elak makanan manis dan berlemak kerana dia mengidap 3-serangkai. Bukan kitab agama. Penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi. Sehari sebelum dia kena stroke, dia pergi ke pusat makanan dan makan lontong dan cendol. Keesokkan harinya, terus koma. Sekarang dia terlantar. Yang susah, istri dan anak-anak.

Aku tidak punya ramai pelanggan melayu. Mereka tak suka pada ku sebab aku berterus terang. Ada kalanya aku katakan aku tidak boleh bantu mereka. Lebih-lebih lagi yang terkena penyakit gout. Aku tolak mentah-mentah. Aku beritahu mereka kalau mereka tidak mahu pantang dan melakukan sedikit kegiatan fizikal untuk keluarkan peluh, jangan panggil aku datang. Garang juga aku ya! Tapi untuk kebaikan mereka juga.

Anda di luar sana, mana yang termakan cili, maaflah. Sebagai penuntut makrifatullah, aku sepatutnya lebih memahami. Aku sepatutnya bersabar. Tapi apa nak buat, sudah aku ditakdirkan menjadi seorang yang kritikal. Sudah dituliskan begini. Jangan marah ya!

Pengorbanan

Tarikh 10 Zulhijjah 1428. Hari Raya Aidil Adha. Di sana sini, khutbah menyebut tentang pengorbanan dan ertinya. Begitulah tiap-tiap tahun. Bila tiba Hari Raya Aidil Adha, topik yang disentuh berkaitan dengan pengorbanan. Diceritakan semula sejarah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Juga pengorbanan yang perlu ditempuh oleh jemaah-jemaah haji yang sedang berada di Mina.


Apakah erti pengorbanan? Tentulah tidak sama bagi setiap orang. Bagi seorang bapa, tentulah mencari nafkah, memberi pelindungan kepada keluarga merupakan pengorbanan. Bagi seorang ibu, mengandung, menyusu dan mendidik dengan penuh kasih sayang merupakan pengorbanan. Bagi seorang anak, melakukan ketaatan dan melakukan apa yang disukai oleh orang tuanya merupakan pengorbanan.

Bagi seorang guru, meluangkan masa dan tenaga bagi memastikan anak-anak didik menjadi insan berguna merupakan pengorbanan. Bagi warga kerja, melaksanakan tugas yang diberi dengan jujur, sempurna dan penuh tanggung-jawab meruapakan pengorbanan. Bagi pemimpin negara, memastikan kepentingan rakya terjaga, maruah negara dihormati, dan memastikan rakyat terlindung dari ancaman merupakan pengorbanan. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh disebutkan.


Tahun ini aku bertemu dengan individu-individu yang memaparkan pengorbanan-pengorbanan yang lebih dari biasa. Seorang teman, yang mempunyai anak seramai empat orang, dan suaminya mengalami penyakit barah tahap 4, menonjolkan pengorbanan yang mulia. Dialah yang menjadi bapa dan ibu. Disamping itu, dia tetap tidak mengabaikan tanggung-jawabnya kepada Allah dan masyarakat.


Seorang pelanggan, mempunyai anak yang sedari lahir mengidap jantung berlubang. Sehingga usia dua tahun, masih belum mampu melakukan aktiviti seperti kanak-kanak seusia. Kedua-dua orang tuanya, begitu komited menjaganya walaupun memerlukan wang ringgit, masa dan tenaga yang tidak terkira.


Seorang kenalan, yang sejak lima belas tahun lepas, menjaga suaminya yang lumpuh. Dia yang membesarkan anak-anaknya seramai lima orang. Kelima-lima orang anaknya berjaya dalam pelajaran dan kesemua mereka mempunyai akhlak yang baik dan sangat mementingkan agama.


Semua contoh-contoh di atas membuat aku berfikir sejenak. Apa pula pengorbanan yang telah aku lakukan? Sukar juga untuk menjawab soalan ini kerana dalam salah satu surah Al-Quran, Allah ada berfirman yang kita tidak mungkin dapat melakukan kebaikan melainkan dengan izinNya. Ertinya, bukan semua orang dapat melaksanakan pengorbanan yang memberi makna. Hanya orang-orang yang diizinkan Allah, diberi peluang untuk meraih pehala yang sangat besar ganjarannya, yang diberiNya peluang. Jadi, kepada sesiapa yang diberi peluang ini, berhiburlah, dan anggaplah ini sebagai anugerah kerana bukan semua yang memperolehinya.


Sunday, December 2, 2007

Keliru Ilmu

Sudah sebulan aku tidak menulis. Bukan tiada masa. Tapi kerana asyik membaca buku-buku baru. Selain itu, aku telah ditawarkan untuk membantu dalam projek e-pendidikan. Perlulah aku bagi masa.

Aku punya banyak sebab untuk rasa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Selain aku dizinkan melibatkan diri dalam semua kegiatan yang aku minati, aku juga diketemukan dengan orang-orang yang cintakan ilmu. Dari mereka, aku belajar membersihkan sampah sarap dalam minda ku.. Aku sangat berterimakasih kepada Ustaz Hussein, Prof Wan, Prof Naquib, Cikgu Abdullah, Ust Futhul Rahman dan banyak lagi penulis-penulis buku yang telah membuka minda ku.



Ust Hussein, guru yang membimbing ilmu makrifatullah. Sering kali idea yang dilontarkan mencabar logik ku. Banyak kali juga aku dibelenggu kebingungan dan perasaan ingin berontak. Dua bulan lepas aku menghadapi gelora minda yang sangat hebat. Ini kerana aku tidak dapat melogikkan apa yang telah Ust Hussein sampaikan. Aku frust. Aku keliru. Aku binggung. Kebetulan dalam bulan Ramadhan. Aku tidak tahu pada siapa ingin ku ajukan serta bincangkan sebab apa yang disampaikan oleh Ust Hussien tidak pernah aku dengar dari sesiapa, baca di mana-mana atau belajar dari mana-mana guru.

Sebagai seorang yang dilatih menggunakan logik sepenuhnya, itulah ujian yang sangat berat buat ku. Saban hari aku mohon Allah beri aku faham. Saban waktu aku merintih mohon Allah beri aku ilham dan tambahkan ilmuku supaya aku dapat menerima. Naluri ku tidak dapat menolak hanya minda ku yang tidak mampu menerima. Aku jadi seperti zombie. Aku jauhkan diri dari semua orang termasuk teman-teman dan keluarga. Aku masuk ke Gua Hira. Aku berserah. Air mata jangan cakap lagi. Setiap solat menitis macam air hujun. Tiada siapa yang mampu faham perasaan ku ketika itu. Seperti yang diajarkan oleh Ust H aku perlu sabar dan tunggu. Aku matikan diri.

Secara sedikit demi sedikit aku diberi kefahaman. Allah datangkan bantuan dalam bentuk yang tidak aku duga dan sangkakan. Bahkan bila aku fikirkan, rasanya tidak mampu aku mengucapkan kesyukuran ku pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Biarlah ini menjadi rahsia ku. Tidak wajar aku berkongsi tentang perkara ini.

Jiwa ku kembali tenang. Ku rasakan kebahgiaan yang tidak dapat aku gambarkan. Semoga ianya berkekalan. Aku berkongsi sekadar untuk memberi semangat kepada mereka yang sedang melalui jalan yang sama. Terima kasih kepada Allah s.w.t yang telah menghilangkan kekeliruan.

Semua ilmu yang telah aku belajar dalam kelas makrifah sedang aku aku susun semula. Aku sedang mengkaji dan meniliti bahan-bahan serta rujukan dari luar buat menguatkan hujjah-hujjah secara ilmiah. Aku tahu Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap pengalaman yang dilalui mempunyai hikmahnya tersendiri.

Melalui Prof Wan dan Prof Naquib, aku belajar membetulkan konsep ilmu-ilmu lain seperti ilmu pendidikan dan sains. Aku sering berbincang dengan Prof Wan melalui email untuk mendapatkan kepastian tentang konsep-konsep yang telah aku pelajari sebelumnya dan yang telah mencorak minda ku sebelumnya. Alhamdulillah, aku dapat mengesan banyak kekeliruan yang memenuhi minda ku selama ini. Berlaku banyak campur aduk ilmu yang benar dengan ilmu yang sengaja dikelirukan oleh golongan-golongan barat. Aku sedang belajar mengenal dan meletakkannya di tempat yang tepat. Rasanya, tersangat jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi untuk menjadi orang yang berilmu.

Melaui Ust Fathul Rahman, aku belajar tentang asas-asas syariat Islam yang benar. Aku belajar usul fiqh dan qawaid fiqqhiah yang menjelaskan tentang kedudukan sesuatu hukum dalam Islam. Baru ku sedar betapa jahilnya aku tentang agama ku sendiri.

Saturday, September 29, 2007

Hang Tuah dan Orang Melayu

Membaca kisah Hang Tuah, aku tak pasti apa yang perlu dibanggakan. Tapi, dikalangan masyarakat melayu, nama Hang Tuah ini seolah-olah melambangkan kepahlawanan dan impian terpendam peribadi yang ingin dimiliki oleh ramai jejaka. Pada ku hikayat Hang Tuah tidak lebih dari penonjolan seorang individu yang suka mengampu, tidak pandai meletakkan keutamaan di tempat yang tepat dan tidak bijak menyelesaikan serta mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam riwayat Hang Tuah diceritakan tentang tugas yang diberi oleh Sultan Melaka kepada Hang Tuah untuk meminang Tun Teja. Kalau dinilai dari tugas yang diberi, ia bukan membawa kepada satu kepentingan politik atau ekonomi atau apa jua yang dapat dikongsi oleh rakyat. Sebaliknya, penyalah gunaan wang serta kepercayaan rakyat untuk kepentingan peribadi saja. Kesanggupan Hang Tuah melakukannya mencerminkan sikap mengampu pemimpin untuk memperoleh kedudukan istimewa.

Setelah difitnah, Hang Tuah terus mati akal dan tidak mampu berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Tanpa menggunakan akal serta taqlid buta, Hang Tuah sekadar menerima keputusan Sultan yang sudah salah . Hang Tuah lebih rela dilihat sebagai "hero" untuk mengejar nama dan glamour dari mempertahankan hak-haknya. Ini mencerminkan sifat lemah semangat nya dan cepatnya dia berputus asa. Dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri sehingga perlu diselamatkan oleh seorang menteri yang sudah tua dan lebih arif. Masalah nya menjadi masalah orang lain sedangkan dia tidak berusaha apa pun untuk melakukan sesuatu atau mencari huraian kepada keadaan hidupnya.

Kesanggupan dia membunuh teman baiknya, Hang Jebat atas dasar mengampu sultan sungguh tidak munasabah. Dia tidak dapat berlaku adil dan bertindak mengikut emosinya. Dia lebih pentingkan dirinya sendiri dari orang lain. Dia sekadar fikirkan penerimaan orang atasan dari tanggung-jawabnya kepada masyarakat dan orang-orang yang meletakan harapan padanya. Walaupun ditegur dan disindir oleh Hang Jebat, dia tetap degil tidak mahu menerima perubahan. Mindanya tertutup kepada pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Hang Jebat, sahabat baiknya. Fikirannya disempitkan oleh keinginan untuk mempertahankan kedudukannya saja.

Kata-kata Hang Tuah yang terkenal "Tak kan Melayu hilang di dunia". Tapi sekiranya orang melayu mengikut sikap Hang Tuah, walaupun terdapat orang melayu, tapi sudah hilang maruahnya. Yang tinggal apa yang kita lihat sekarang, orang-orang yang suka mengampu, suka menyimpan hasad dengki, pentingkan periuk nasi sendiri dan bila diberi jawatan, dia tidak amanah, tidak mahu belajar, tidak suka pada pembaharuan, ingin jalan pintas dan suka orang lain yang menyelesaikan masalah mereka. Banyak persamaan dengan riwayat hang tuah kan.


Jangan marah kepada peminat-peminat hang tuah. Anda tidak perlu setuju dengan pandangan ku ini. Aku lebih terpesona membaca kisah Laksamana Cheng Ho. Kebetulan akhir tahun lepas aku berkesempatan melawat Yunan, China, dan berkunjungan ke tempat kelahiran Laksamana ini dan membaca kisahnya. Kehebatan Laksamana Cheng Ho yang banyak dikaitkan dengan sejarah kesultanan Melaka, perlu dibaca dan dijadikan teladan.

17 Ramadhan/29 September 2007

Menyingkap sejarah, 17 Ramadhan adalah hari berlakunya perang Badar. Perang yang menentukan kalah menangnya umat Islam. Perang pertama yang diizinkan oleh Allah s.w.t. Dalam sejarah Islam, banyak berlaku peperangan - samada untuk mempertahankan diri atau menyebarkan risalah dakwah Islamiah. Tiada peperangan yang bermotifkan keuntungan ekonomi, merampas kebebasan orang lain, atau memaksa orang mengiktiraf kekuasan sesuatu bangsa.

Perang Badar mempunyai nilai sejarah yang sangat penting dan tinggi bagi semua umat Islam untuk dihayati. Seharusnya, semua orang membaca serta mengkaji serta mendalami. Banyak perspektif yang berbeza yang telah ditulis oleh berbagai pehak.

Pada ku perang Badar punya nilai sentimen yang sangat tinggi. Setiap kali membaca, air mataku akan mengalir. Aku dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu. Setiap kali, semangat ku akan dikobarkan untuk meneruskan usaha walau bagaimana besar sekali pun cabaran yang perlu dihadapi. Aku merasa bersyukur kerana kejayaan perang Badar lah yang membolehkan aku mengenal Islam dan merasakan kenikmatan hidup di bawah lindungan Allah s.w.t.

Semoga anda semua dapat menghayati sama.

Melayu takut kena Kritik?

Bukan Melayu saja takut kena kritik. Ramai orang pun tak suka kena kritik. Tapi, sebenarnya apa yang dirasakan bila kena kritik? Betulkah ada kritikan membina dan ada kritikan yang menjatuhkan?

Pada ku, kritikan tetap kritikan. Membina atau tidak hanyalah penerimaan sesaorang saja. Ia banyak bergantung kepada keupayaan dan pengawalan diri sendiri. Ia banyak melibatkan faktor keyakinan diri. Dari sudut agama pula, ia berkisar kepada tingkat kesabaran, redha serta makrifatullah sesaorang.

Dalam AlQuran, selain menyidir orang-orang kafir, Allah sering juga mengkritik orang-orang Islam yang tidak menggunakan akal fikiran mereka. Allah kritik mereka kerana tidak yakin dengan Qada' dan Qadar, hari pembalasan serta sifat-sifat Allah. Allah perintahkan orang-orang Islam supaya berfikir dan mengkritik diri sendiri untuk mencari kebenaran.

Kenapa takut dengan kritikan? Salah satu kerana rasa rendah diri. Ia melihat kritikan itu sebagai serangan pribadi. Seolah-olah mengiyakan segala yang dirasakan tentang dirinya. Kritikan dianggap sebagai confirmation tentang kekurangan-kekurangan yang dimiliki. Mungkin juga prasangka-prasangka yang sudah sedia wujud terhadap orang yang mengkritik.

Dari reaksi yang timbul, dapat dibaca keadaan orang yang kena kritik. Ada yang membalas secara ganas. Ada yang menyerang balik dengan kritikan. Ada yang menyimpan dendam dan berhasrat untuk membalasnya. Ada yang terus merajuk. Ada yang rasa makin tidak berguna. Ada yang terus mendoakan orang tersebut kena balasan yang buruk. Ada yang tidak puas hati dan rasa dizalimi. Ada yang rasa dianiaya. Ada yang menangis.

Jarang yang tersenyum ketika mendengar kritikan. Jarang yang merasa seronok mendapat kritikan. Jarang yang melihat kritikan sebagai membawa kebaikan. Jarang yang minta kena kritik. Jarang yang anggap kritikan boleh meningkatkan ketahanan diri. Jarang yang menerima kritik seadanya tanpa perlu response.

Bagaimana sesaorang itu berhadapan dengan kritikan? Bila kritikan yang diterima adalah positif, tidak dianggap kritikan tetapi sebagai komen atau penghargaan. Bila kritikan yang diterima berbentuk negatif, dianggap sebagai mencela, menghina dan berniat untuk menjatuhkan.

Sebenarnya, jika sesaorang itu sedar yang dalam dunia ini ada berbagai bentuk dan ragam manusia, dia tidak akan begitu terjejas sangat dengan komen atau kritikan. Sebabnya, walau apa pun yang dilakukan, tetap tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Rasulullah s.a.w sendiri yang dipuji akhlak baginda oleh Al-Quran dan Allah s.w.t, tetap dikritik oleh ramai orang. Hingga kini pun, masih ada juga orang yang masih hendak kritik baginda Rasul. Apa lagi kita yang sudah sememangnya kurang sempurna dan penuh dengan kelemahan.

Beza seorang yang punya keyakinan diri dengan seorang yang rendah keyakinan dirinya. Seorang yang berkeyakinan diri, bila dikritik, dia tidak akan terus bertindak. Dia fikirkan dahulu jawapan yang sesuai atau samada perlu dijawab ke tidak. Dia tidak "react" tapi "respond".
React ertinya waktu itu juga dia bertindak tanpa berfikir. Di ketika itu, yang menguasainya adalah emosi serta egonya. Dia membiarkan orang lain menguasai dirinya. Dia membenarkan orang lain sewenang-wenangnya menentukan perasaannya. Respond pula bererti dia mempunyai daya kawalan yang tinggi. Dia tidak membenarkan orang lain menguasi perasaannya sesuka hati. Dia yang tentukan samada hendak marah, hendak diamkan atau hendak menjawab. Orang yang mengkritik terpaksa menunggu reaksi darinya. Kalau niat orang tersebut tidak baik, maka dia terpaksa menunggu kepuasan yang ingin dikecapi dengan melihat orang yang kena kritik marah. Tapi kalau niat orang tersebut untuk menasihat, dia juga kena tunggu samada nasihatnya diterima atau tidak. Dengan lain perkataan, orang yang mengkritik yang merasakan egonya yang tercabar bukan orang yang kena kritik.

Bagi orang yang berilmu, tidak akan memberi kritikan atau menjawab kritikan sebarangan. Sebab dia faham, setiap yang diluahkan oleh lidah, akan dipertanggung jawapkan. Jika kritikan yang diberi tidak tepat (berdasarkan fakta yang salah, prasangka,dendam), boleh dianggap tuduhan dan fitnah. Dianggap berdosa besar. Jika jawapan kepada kritikan juga tidak tepat dan berlebihan (tidak faham maksud kritikan, rasa tercabar, sifat bermusuhan), juga akan dipertanggung jawabkan. Apa pun, jika kritik-mengkritik ini menimbulkan putusnya silaturrahim, maka kedua-dua akan menerima azab Allah s.w.t.

Bagi diri ku, aku suka kena kritik. Dari usia ku 5 tahun, hari pertama aku ke sekolah K1 aku sudah kena kritik oleh guru. Sepanjang usia ku setakat ini, sering kena kritik. Sehingga aku risau bila aku buat sesuatu tidak dikritik. Aku rasa seperti tidak diberi perhatiaan. Setiap kritikan aku jadikan garis ukur yang aku belum sampai ketahap yang sepatutnya. Aku akan berusaha lebih baik lagi. Melalui banyaknya aku terima kritikan, aku belajar menilai kritikan yang diberikan dan meletakkannya ditempat yang sesuai.

Dua minggu lepas, aku minta lecturer aku kritik projek tugasan yang aku serahkan. Aku minta dia beri komen supaya aku tahu dimana posisi ku dalam bidang yang aku dalami. Aku menunggu dengan tidak sabar jawapan dari beliau.

Nak U-Turn pun mesti betul caranya

Aku membaca satu atikel di satu website untuk anak-anak Melayu. Ia mengisahkan tentang seorang remaja bertatoo yang ingin solat di mesjid dan mendapat teguran dari seorang tua jemaah mesjid. Atikel itu juga menyebut tentang seorang gadis yang merasa sukar diterima kerana sikapnya yang bebas dan suka bergaul dengan lelaki. Dia meraskan seolah-olah orang disekeliling seperti tidak faham perubahan dan keperluan zaman moden.

Melihat pada usia mereka, boleh lah difahamkan mengapa mereka merasakan begitu. Diperingkat usia begitu, memang sukar menyuluh kesalahan sendiri serta mengakui yang perbuatan sendiri yang silap. Sudah lazimnya, diusia muda, segala "tradisi" kalau boleh ingin ditentang habis-habisan tanpa perlu diselidiki terlebih dahulu. Tiada kesabaran untuk meneliti fakta-fakta yang ada. Slogan "bila nak game kalau gitu" menjadi pegangan.

Aku ingin berkongsi tentang sebuah hadith. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia telah bertemu dengan seorang ahli ibadah dan menyatakan hasrat untuk bertaubat. Ahli ibadah itu berkata sudah terlewat sebab dosanya terlalu banyak. Dibunuhnya ahli ibadah tersebut tanpa banyak bicara, mengenapkan angka yang dibunuh menjadi 100.

Kemudian dia telah bertemu dengan seorang ahli ilmu. Ulama itu berkata, kalau dia ingin Allah terima taubatnya, dia perlu keluar meninggalkan kampung dan pergi belajar di sebuah kampung yang sangat jauh. Belum sempat dia sampai ke kampung tersebut, dia menemui ajalnya. Malaikat azab dan malaikat rahmat berebut untuk mengambil mayatnya. Allah turunkan seorang malaikat yang mengusulkan mereka ukur jarak antara kampung asal dan kampung yang dituju. Ternyata lebih dekat jarak kampung yang hendak dituju. Malaikat rahmat mengambilnya.

Bayangkan sekiranya dia masuk syurga nanti dan ditanya oleh ahli-ahli syurga apa amalan yang dia bawa sehingga boleh masuk syurga. Adakah dia akan jawab "Aku bunuh 100 orang" sebab itu yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Tentu jawapannya ialah "Aku membuktikan keikhlasan aku untuk bertaubat. Aku sanggup menempuh segala kesukaran merentasi padang pasir yang gersang seorang diri untuk menyahut perintah Allah. Aku meletakkan segala harapan dan tawakkal ku kepada Allah s.w.t. Itulah yang telah mendatangkan Rahmat Allah kepada ku sehingga aku dapat masuk syurga".

Bagi mereka yang telah melakukan bertimbun dosa yang besar-besar gunung, pintu taubat masih terbuka luas. Hanya janganlah sekadar menaruh harapan dosa akan diampunkan, tetapi berusahalah untuk membuktikan. Anggap segala kesukaran yang dihadapi sebagai saham untuk akhirat kelak. Jadikan hadith di atas sebagai motivasi diri.

Bagi mereka yang merasa tertekan kerana tidak "diterima", belajarlah dahulu untuk mengenali apa yang benar dan apa yang salah. Bila kita melakukan sesuatu yang diredhai oleh Allah, barulah Allah akan redha dengan kita. Nanti Dia akan buat orang lain juga suka dan redha serta menerima kita. Jadi, bila perbuatan kita tidak disenangi oleh orang lain, check balik samada perbuatan itu sesuai dengan syariat atau mengikut keinginan nafsu muda kita saja. Kalau pun tidak, jangan cepat-cepat "mengajar" orang lain cara kita. Kalau betul, kita dapat pahala, kalau salah, kita dapat dosa dan dosa orang yang mengikut cara kita pun kita kena share sama.

Berhati-hatilah. Belajarlah mengenal agama sendiri.

Friday, September 28, 2007

Mengapa Malas Belajar?

Beberapa hari lepas aku bertemu dengan satu website untuk anak-anak Melayu. Aku terbaca satu artikel. Ia berkisar tentang seorang pelajar universiti yang mengeluh tentang kursus yang sedang diikutinya. Dia juga meluahkan kebosanan dan tekanan yang dihadapinya kerana sering merasa tidak punya masa untuk berkawan, berhibur dan asyik terkejar-kejar untuk menghabiskan tugasan dan exam.

Response dari forum pembaca pula berbagai. Banyak yang menyokong dan ada juga yang menentang. Ramai yang mengatakan pendidikan universiti tidak menjaminkan masa depan. Ada yang beri pandangan orang yang tidak berpendidikan universiti pun ramai yang lebih berjaya dan kaya. Ada pula yang sampuk, sikap orang-orang yang berkelulusan tinggi yang tidak disenangi dan gadis-gadis serta ibu-bapa yang lebih suka bermenantukan lulusan tinggi.

Hmm, membaca komen-komen yang dikirimkan buat aku termenung. Apa yang buat aku terkesan ialah nada yang dapat aku kesan yang menunjukan ketidak matangan serta kekeliruan yang begitu menyeluruh. Komen-komen yang diterima sebegitu banyak sehingga melebihi 15 pages. Tapi, semuanya aku rasa datang dari peringkat umur yang hampir sebaya iaitu diantara 20 - 35 tahun.

Sedih juga. Inilah generasi yang diharapkan untuk menebus maruah bangsa Melayu/Islam yang selama ini begitu diinjak-injak. Inilah bakal-bakal pemimpin harapan bangsa dan ugama. Tapi kalau beginilah sikap mereka, rasa nya sukar nak membayangkan apa juga kejayaan. Awal-awal lagi sudah menyerah kalah. Ibaratkan, kalau dalam tentera, baru diperingkat akademi, belum lagi perlu ke perbatasan untuk menentang musuh.

Apa yang sudah terjadi dengan anak-anak bangsa ku? Apa yang sudah dilakukan oleh ibu-bapa mereka dan generasi sebelum aku? Mengapa begitu lemah sekali jiwa mereka. Begitu cengeng dan begitu jiwang sekali? Tiada sedikit pun semangat perjuangan dalam diri mereka. Tiada setitik pun keinginan untuk membela agama dan bangsa. Tiada sekelumit pun kebanggaan menjadi orang Melayu yang beragama Islam.


Yang jelas, matlamat mereka menuntut ilmu sangat sempit. Sekadar mendapatkan tiket untuk hidup mewah, berjawatan tinggi dan mendapat sanjungan serta pujian. Nilai ilmu itu sendiri tidak diberi perhatian. Allah meletakan orang yang berilmu dikedudukan yang sangat tinggi tapi bagi mereka itu semua tidak penting. Mereka akan graduate setelah mendapat pendidikan universti untuk bidang tertentu saja sedangkan ilmu yang sepatutnya mereka terima untuk menyuluh kehidupan mereka, mereka tidak kecap sama. Malang sungguh nasib mereka.

Hakikatnya, ramai anak-anak bangsa ku yang kurang tumpuan pada pelajaran. Ibu bapa mereka juga kurang memberikan rangsangan yang tepat serta motivasi yang diperlukan. Aku ingat arwah bapa ku dahulu. Dia perlu lakukan 3 pekerjaan untuk menampung adik-beradik ku yang semuanya sedang bersekolah. Bila aku tawarkan diri untuk berhenti dan bekerja dia katakan "Selagi abah ada tulang empat kerat, dan masih mampu bekerja, kalian tidak boleh berhenti bersekolah. Abah tak punya harta nak ditinggalkan. Tapi abah nak pastikan kalian semua mendapat pendidikan yang mencukupi." Itulah semangat orang tuaku yang hanya berpendidikan darjah enam.

Thursday, September 27, 2007

Pengalaman Berpurdah

Memakai purdah rasa merdeka sangat. Kebebasan yang dirasakan sukar digambarkan. Tiada langsung dalam fikiran ku nak kena pergi facial, nak beli produk mahal-mahal dan pakai lawa-lawa. Aku rasa bebas dari belenggu yang merantai ramai wanita.

Yang bestnya, balik malam pun aku tak takut kena ganggu. Mana-mana pehak yang melihat ku malam-malam tentu fikir dua kali. Aku dan rakan-rakan berpurdah sangat aktif dengan kerja-kerja dakwah. Kadang kala aku perlu pergi ke luar negara berhari-hari. Dengan berpakaian purdah, pergi dengan lelaki bukan mahram tidak menjadi masalah.

Bangasa lain mudah terima keadaan ku berpurdah. Mereka lebih terbuka. Kalau aku dalam mrt, anak-anak kecil mereka yang kelihatan agak gementar, mereka akan jelaskan semampu boleh.

Yang lebih banyak masalah ialah dari bangsaku sendiri - orang Melayu beragama Islam. Ada wanita melayu yang cepat-cepat tarik tangan anak-anak mereka bila melihat ku. Segelintir lelaki yang geram sebab tidak dapat berpesta mata memanggil kami hantu kum-kum. Mereka mengejek kami dengan harapan kami akan tanggalkan purdah dan penuhkan nafsu mereka.

Berbagai reaksi yang ku terima. Rata-rata atas dasar kekeliruan, prasangka dan cemburu. Bahkan setelah aku berhenti bekerja sebagai software developer dan berkhidmat dibeberapa syarikat dan persatuan Melayu/Islam, penampilan ku menjadi isu. Lain kali aku kongsi pengalaman bekerja dengan orang-orang Melayu. Sangat pahit tapi mendidik.

Setelah berlaku beberapa insiden yang tidak diingini, guruku telah nasihatkan kami supaya tidak memakai purdah. Aku kembali memakai tudung labuh dengan warna yang lebih cerah. Ini semua untuk mengurangkan salah faham antara agama.

Ada hikmahnya juga aku tanggal purdah. Benar seperti yang dikatakan, kami jadi esklusif. Kami tak peduli apa orang lain nak cakap. Kami buat cara sendiri. Setelah aku tidak berpurdah, peranan dakwah ku lebih terserlah dan berkesan. Lagi ramai orang bukan Islam yang dapat aku hampiri dan beri kefahaman tentang Islam.

Peristiwa 911 menjadi medan ku. Macam-macam tuduhan aku kena tepis. Orang bukan Islam ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Bahkan orang Islam sendiri ada yang terpengaruh dan keliru. Mereka rasa sugul dan rendah diri.

Lain kali aku kongsi bagaimana aku betulkan tanggapan-tanggapan negative ini sehingga ramai yang akhirnya akur dan berpaling memihak kepada Islam. Alhamdulillah, sebuah buku yang aku baca sebelum peristiwa 911 telah membantuku menjelaskan perkara sebenar.

Balik kepada purdah, pernah seorang wanita melayu ala-moden yang rasa perlu menegurku. Dia rasa aku bawa image negative dan secara tak langsung menjejas kaum wanita lain. Alasannya, aku perlu ikut peredaran zaman. Aku tanya dia apa salah ku - aku berpendidikan tinggi, berjawatan professional, bergiat aktif dalam kerja masyarakat, ambil tahu tentang hal-ehwal dunia, boleh bincang apa saja topik samada dunia atau akhirat? Aku berani mempertahankan kebebasan ku untuk memilih agamaku dan kehidupanku, jadi apa masalah dia? Wanita itu terdiam. Aku tahu dia bimbang sebab dia takut menjawab soalan-soalan yang menghantui dirinya sendiri. Takut menghadapi realiti.

Tudung Menghambat Kemajuan? Kolot?

Seorang teman ku yang bertubuh seksi dengan sinis meluahkan "I tak suka kena bungkus-bungkus. Rimas". Pedih telinga dengar. Sedangkan dia seorang wanita Melayu yang beragama Islam.

Seorang lagi teman istihar "I akan pakai tudung at my own time. Bila i dah ready." Bila agaknya ya? Seolah-olah dah ada perjanjian umurnya akan dipanjangkan sampai saat dia ready.

Seorang pelangan beragama lain berkata " I thought Muslim women only need to wear tudung when they get married. My Muslim colleague told me that she wears tudung because of her husband". Sekiranya tak bernikah, kalau jodoh dah tak ada, tak pakai tudung lah. Atau kalau bercerai , tak ada suami lagi yang suruh, boleh tanggal tudung gitu?

Begitulah kekeliruan-kekeliruan yang berkisar tentang tudung. Beberapa tahun dahulu, seorang penulis di ST begitu berani meluahkan pendapatnya sendiri. Dia rasakan keperluan memakai tudung adalah pilihan peribadi "personal choice" dan tidak boleh dipaksa. Dia tambah Islam tidak memberatkan penganutnya dengan peraturan-peraturan agama. Keperluan mengikut kemampuan.

Hmm, mengapa tak mampu masuk university, sanggup berhutang, ambil student loan sampai puluhan ribu? Emak bapak kena berkorban sekadar nak kejar segolong ijazah yang tidak menjanjikan kebahgiaan? Mengapa memaksa diri melebihi kemampuan sekadar mengejar karier? Islam tak suruh pun berkorban melebihi kemampuan untuk segulung ijazah? Mengapa ada double standard? Untuk urusan dunia bermati-matian tapi untuk urusan agama boleh negotiate?

Macam-macam alasan yang boleh diberikan. Yang pelik-pelik pun ada. Ibu bapa yang tidak menggalakkan anak gadis pakai tudung sebab takut sukar cari pekerjaan atau takut jadi anak dara tua. Seorang teman diminta suaminya menanggalkan tudung ketika menghadiri majlis korporate syarikat tempat kerjanya. Sang suami malu tanggapan rakan-rakan sekerjanya sekiranya istrinya tidak kelihatan "semoden" istri-istri mereka.

Ku kenang balik saat aku mula bertudung. Pada usia ku awal dua puluhan, aku tak terfikir pun nak pakai tudung. Masa tu tak ramai yang bertudung. Aku pun tak tahu tudung itu diwajibkan. Kerana minatku pada aktiviti lasak seperti memanjat gunung, hiking, backpacking, dll, aku sering bergaul dengan lebih ramai lelaki dan beberapa teman wanita. Sama juga macam orang muda lain, kami juga suka lepak di Orchard, naik motor ke Msia tapi kami tetap solat.

Setelah bapaku meninggal dunia, aku telah mengikuti kuliah agama di Pergas. Ramai teman-teman ku juga belajar sama. Di tahun pertama, Ust TM Fouzy telah mengenalkan aku pada batas-batas aurat. Beliau mengajar ciri-ciri tudung yang bertepatan dengan syariat.

Aku dan teman-teman telah buat keputusan mengenakan tudung atas dasar kefahaman. Bagus juga punya kawan sehati. Peer group pressure sangat membantu. Kami juga mula meletakkan batas pergaulan kerana sudah faham.

Di tempat kerja ku, hari pertama aku memakai tudung menjadi satu test. Aku satu-satunya staff melayu. Tugas ku sebagai software developer/analyst. Kalau sebelumnya aku seorang pekerja A*, ramai rakan-rakan sekerja termasuk supervisor ku yang bimbang samada tudung ku akan menjejas prestasi cemerlang ku sebelum ini.

Aku sedar tanggapan mereka. Aku perlu buktikan output ku tidak terjejas. Yang ditutup kepala ku dan leher serta dadaku. Minda ku tidak. Kreativiti ku tidak. Tetap bebas.


Kepada mereka yang berniat nak pakai tudung, janganlah bimbang. Rezeki sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kita tidak perlu fikirkan sangat tentang reaksi orang lain lebih-lebih lagi orang yang tidak diberi hidayah. Kena tanamkan keyakinan yang bila kita bertudung kerana hendak mempertahankan hukum Allah, kita akan diberi ganjaran berlipat ganda sebagai imbalan dari usaha kita itu. Itu janji Allah.

Tuesday, September 25, 2007

Falsafah tudung - versi ku sendiri

Sepanjang minggu ini sudah tiga kali aku perlu menjawab persoalan tentang mengapa wanita Islam ada yang bertudung dan ada yang tidak bertudung. Tugas ku berurusan dengan wanita dari berbagai bangsa dan ugama. Hampir setiap pelanggan baru aku akan bertanya soalan yang serupa. Lebih-lebih lagi rata-rata mereka adalah golongan professional dan punya rakan kerja atau kenalan yang tidak mengenakan tudung. Jenuh juga menjawabnya.

Selalunya, aku akan beri mereka dua pilihan - samada nak jawapan yang mudah seperti FAQ atau falsafah disebalik pemakaian tudung. Mereka sering minta kedua-duanya sekali. Aku yakin ramai juga wanita Melayu yang tidak tahu menjawab soalan ini melainkan secara FAQ.

Jawapan secara FAQ tentulah kerana Allah s.w.t perintahkan. Tapi selalunya, jawapan ini tidak memuaskan hati pelanggan ku yang lebih educated. Mereka akan tanya balik, kalau sudah diperintahkan, mengapa ada wanita yang tidak mahu bertudung dan ada pula kata yang mereka modern Muslim dan tak perlu pakai tudung.

Terpaksa lah aku terangkan lebih detail lagi dan memberi falsafah sebaliknya. Aku selalu mulakan dengan beberapa soalan kepada mereka dahulu seperti
a) Why so many women are unhappy about themselves
b) Why are most women so insecured that they are always trying to change something about themselves ie their appearance, body, breast, legs, etc
c) Why are the cosmetic and fashion industries the top earners
d) Why women are spending more money on cosmetic than anything else.
e) Why is it so difficult to find a woman who is confident with herself and what she has without having to cover herself with war-paint.
f) Why are women so desperate to show their assets - cleavage between the breast and the bottom cheeks, belly buttons, and practically, every part of their bodies?
g) Why are women their own worst enemy

The answer to all that is MEN. Men made women so insecured. Men made women feel unhappy with themselves. Men made women bare all. Men made women spend so much money on cosmetic. Most top fashion-designers are men who dictate what women should wear. Men made women feel that they are a piece that are being assess all the time.

So much of women liberation movements. Woman has never feel so insecure as they are now.

Zahirnya, wanita kelihatan seperti sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Tapi, hakikatnya, wanita seperti diperbodoh-bodohkan dan menjadi mangsa kepada nafsu sendiri. Mereka lebih menjadi hamba dari dimerdekakan. Hamba kepada perasaan rendah diri. Hamba kepada produk-produk kecantikan. Hamba kepada pereka-pereka fashion.

Kalau dahulu, wanita cukup dengan lipstick dan make-up. Sekarang, tambah botox, cosmetic surgery, facial reconstruction. Yang terbaru, tambah eye lashes implant seperti Umi Aida. Lepas ini tak tahu apa pula. Kalau dahulu cukup dengan aerobic, dieting dan manicure/pedicure, sekarang perlu liposuction yang memerlukan belanja beribu. breast reconstruction, vaginal reconstruction dan macam-macam. Entah apa-apa lagi yang wanita akan lakukan demi menarik perhatian kaum lelaki.

Saya selalu katakan pada pelanggan saya, tudung liberate a woman. Tudung make a woman feel free from all demands to appear attractive except to her husband. Tudung give woman the freedom to do the things that she is suppose to do and not invest too much time and money on tyring to artificially "enhance" God's works.

Katakan kalau semua wanita bertudung dan kelihatan hampir serupa (tudung yang mengikut seperti yang dianjurkan oleh Islam dan bukan fesyen statement), lelaki tidak perlu beri perhatian kepada mereka. Lelaki juga mampu menumpukan kepada tugas-tugas asasi mereka. Wanita tidak perlu cemburu kepada wanita lain sebab dia tidak perlu bersaing untuk merebut sijejaka. Wanita rasa bebas dan merasa yakin kerana suami-suami mereka sudah tentu tidak mudah tergoda dengan wanita-wanita lain.

Lebih-lebih lagi jika semua wanita berpudah. Lebih hebat lagi. Setiap lelaki akan merasakan istrinya lah wanita yang tercantik dalam dunia kerana dia tidak boleh buat perbandingan dengan wanita lain sebab tidak pernah melihat wanita lain. Kan senang itu.

Selalunya, pelanggan ku juga tanya apa pandangan aku tentang wanita yang tidak bertudung? Jawapan ku, aku tidak berhak mengkritik mereka sebab peraturan memakai tudung bukan dibuat oleh aku tapi oleh Allah s.w.t. Jadi, mereka perlulah jawab dengan Allah dan bukan dengan aku. Tapi, aku nasihatkan kalau wanita yang tidak bertudung sekadar memberi alasan belum bersedia walaupun tahu bertudung itu wajib, masih boleh diterima alasannya. Hanya dia perlu sediakan dirinya untuk memikul penalty kerana kegagalannya. Tapi bagi wanita yang mengatakan tudung bukan sebahgian dari perintah agama, ertinya, dia telah meremehkan perintah Allah dan boleh dianggap terkeluar dari agama.

Aku selalu memberi contoh, sesaorng yang ingin menjadi doktor dan ingin diiktiraf sebagai doktor, perlu mengambil beberapa mata pelajaran wajib dan beberapa pelajaran elektif semasa kuliah. Dia tidak boleh bertemu dengan Dean dan beritahu yang dia hanya ingin mengambil matapelajaran tertentu dan meninggalkan mana yang dia tidak berminat. Sudah tentu, Dean akan menolak permohonannya untuk jadi doktor dan dia tidak akan diiktiraf sebagai doktor.

Kalau nak jadi petugas dunia pun ada peraturan, sapa lagi untuk jadi petugas Allah. Semua agama di dunia juga punya peraturan yang perlu diterima sebelum dirinya diterima menjadi pengikut. Tidak boleh sesuka hati menolak dan memilih mana yang disukainya. Ini juga yang Al-Quran tegur. Jangan pilih separuh dan tinggalkan separuh kerana tidak sesuai dengan nafsu.

Kongsi Matlamat Ku

Tahun ini aku mengalami banyak frustration. Semakin usia meningkat dewasa, pesepsi ku menjadi lebih kritikal. Aku seolah-olah dikejutkan oleh persekitaranku. Aku merasa seperti baru bangun dari mimpi yang panjang. Perkara-perkara yang selama ini sekadar menjadi keprihatinan, menjadi semakin menekan.

Aku seperti terpanggil untuk melakukan sesuatu. Aku seperti dicabar untuk membetulkan keadaan dan bukan saja jadi pemerhati atau pengkritik kedai kopi. Mulanya, aku cuba lawan juga semangat ku ini. Siapalah aku? Apakah yang aku ada yang memberi aku licence untuk menegur? Siapalah yang sudi nak dengar komen-komen ku?

Tapi makin aku cuba tekan, makin meluap-luap keinginanku. Aku mencari-cari ruang untuk melegakan frustrasi ku. Aku mencari-cari alasan mengapa aku mesti buang masa dan tenaga ku memikirkan isu-isu yang sudah sekian lama membelenggu masyarakat ku? Sedangkan jadual hidup ku sudah cukup sibuk.

Aku mohon pada Allah s.w.t jawapan. Doa demi doa aku himpukan padaNya. Aku tidak mahu jadi seorang hiprokrit, munafiq, riak atau bongkak. Akhirnya, aku mendapat jawapan yang aku cari. Jawapan yang memberi aku sebab untuk meneruskan perjuangan hidupku.

Aku sayangkan bangsaku. Aku sayangkan saudara seIslam ku. Aku sayang pada remaja-remaja Islam. Aku sayang pada wanita-wanita Islam. Aku sayang pada kaum lelaki Islam. Aku sayang pada semua oang yang sebangsa dan seagama dengan ku. Setiap hari, aku mohon Allah s.w.t lindungi mereka semua. Aku tidak pernah lupa mendoakan orang Islam di Palestine, Iraq, Afghanistan, Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia Khusus buat orang-orang Islam di Singapura aku tambahkan doa supaya Allah kembalikan perasaan malu kepada wanita-wanitanya dan rasa tanggung-jawab kepada lelaki-lelakinya. Aku tidak pernah lupa berdoa untuk mereka walau bagaimana sibuk sekali pun aku.

Untuk membuktikan kasihku pada mereka, aku mencari-cari di Internet domain-domain orang Melayu dan Islam. Aku membaca isi kandungan yang terdapat. Aku teliti minda mereka dan perkara-perkara yang boleh aku jadaikan titik pertemuan dengan mereka.

Aku masuk jadi ahli beberapa forum. Selepas beberapa forum aku cuba, aku kembali frust. Aku tidak jumpa satu forum pun yang boleh jadi gelanggang ku. Akhirnya, aku buat keputusan mencipta blog ku sendiri.

Inilah blog ku. Muga-muga anda terjumpa dan membaca. Aku yakin, jika aku ikhlas, Allah akan datangkan orang-orang yang ikhlas juga untuk membaca tulisanku.

Aku akan cuba luangkan masa untuk blogku, dengan izin Allah. Aku akan jadikan wadah buat aku meluahkan frustrasi ku disamping meluahkan kasih sayang ku. Aku juga akan berkongsi ilmu-ilmu yang selama ini aku perolehi dari berbagai sumber. Yang paling penting, supaya Allah bantu aku menjadikan blog ini wasilah untuk membawa perubahan minda orang-orang yang aku kasihi.